Konsep Bimbingan Dan Kaunseling
posted by Unknown June 01, 2018 0 comments


Dalam era menuju kearah wawasan 2020 perkhidmatan bimbingan dan kaunseling semakin penting bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Bimbingan dan kaunseling bertujuan supaya manusia mampu mencari jalan keluar dari segenap masalah yang dihadapi agar setiap individu menemui kesejahteraan dan dapat menangani pelbagai masalah yang dihadapi murid. Dalam masa yang sama, perkhidmatan kaunseling kini dipandang remeh oleh ramai pihak, sama ada pendidik atau bukan pendidik sehingga terdapat kekeliruan dalam istilah "bimbingan" dan "kaunseling" merupakan sinonim, iaitu mempunyai makna yang berbeza.


PENGERTIAN BIMBINGAN

Bimbingan merupakan suatu proses membantu individu atau kelompok pada bila-bila masa untuk mengembangkan potensi mereka supaya dapat membuat pilihan yang bijak dari aspek peribadi, kerjaya, sosial, akademik demi kepentingan individu. Selain itu, bimbingan merupakan proses pendidikan bagi memberi pertolongan positif kepada individu memahami dirinya agar potensi dan peluang pendidikan yang ada dapat digunakan dengan bijak bagi memajukan diri.

    Perkhidmatan bimbingan merupakan perkhidmatan yang memberi pertolongan dan bukan berupa arahan atau membuat pilihan untuk individu tentang apa yang perlu dilakukan. Perkara yang perlu kita fahami bahawa bimbingan tidak hanya bertujuan untuk mengambil alih tanggungjawab seseorang individu dalam menyelesaikan masalah sendiri masalah yang dihadapinya. Oleh itu, tidak ada unsur keterpaksaan yang terkandung dalam konsep bimbingan.

     Seterusnya, bimbingan memerlukan kerjasama yang erat antara guru bimbingan,guru, guru besar , ibu bapa , murid-murid dan seluruh pegawai di sekolah dan dalam masyarakat. Tanggungjawab ini perlu dipikul sebagai suatu pasukan.


  • McDaniel dan Shaftel (1956) menyatakan bimbingan ialah suatu pola khidmat yang merangkumi orientasi maklumat pendidikan dan kerjaya, inventori individu, kaunseling, penempatan dan aktiviti susulan.


  • Alice Crow (1964) menjelaskan bimbingan sebagai bantuan yang diberi kepada seseorang individu bagi menentukan matlamat jangka pendek dan panjang, merancang cara-cara bertindak serta memperbaiki sikap dan tingkah laku dalam aspek-aspek yang perlu.




Ini menentukkan bahawa tujuan bimbingan adalah membantu para pelajar mengembangkan diri secara maksimum sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam sesuatu aspek.


PENGERTIAN KAUNSELING

 Kaunseling adalah perhubungan yang menggalakkan perkembangan dan perubahan pada diri pelajar yang menyebabkan pelajar berfungsi dengan lebih berkesan. Hal ini, dapat memberi peluang kepada pelajar untuk melihat suatu masalah secara objektif, dan memperoleh pemahaman tentang dirinya dan masalahnya. Sebagai contoh, adakala kita akan merasa tertekan semasa membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan yang semakin hampir. Oleh itu, melalui kaunseling pelajar akan diberikan bantuan untuk memperolehi "celik akal" dan secara tidak langsung pelajar akan dapat mengambil langkah-langkah dan tindakan yang tidak merugikan dirinya apabila ingin menangani masalah.

    Selain itu, kaunseling ialah hubungan peribadi bersemuka antara dua orang, yang seorang ialah kaunselor dan seroang lagi ialah kaunseli atau klien. Kaunselor, melalui hubungan itu dan dengan menggunakan kemahiran khususnya, menyediakan satu situasi dan suasana, apabila kaunsel, seorang yang normal, dibantu memahami atau mengetahui dirinya, memahami situasi semasanya serta juga kemungkinan situasi masa hadapannya, supaya dia boleh menggunakan sifat-sifat keperibadiannya dan potensinya dengan cara yang memuaskan dirinya dan memberikan faedah kepada masyarakat dan seterusnya, mempelajari cara-cara menyelesikan masalah, dan memenuhi keperluan pada masa akan datang.

     Perkataan kaunseling berasal daripada "counselling" yang mempunyai pelbagai definisi oleh berberapa tokoh dalam bidang ini seperti :


  • Delaney dan Eisenberg (1977) berpendapat kaunseling ialah satu proses di mana kaunselor membantu klien supaya bertingkah laku dengan cara yang berkesan.
  • Hansen, J. (1972) mendefinisikan kaunseling sebagai proses yang membantu klien mempelajari cara-cara baharu untuk mengendalikan dan menyesuaikan diri dengan situasi hidup. Individu dibantu membentuk proses membuat keputusan, sama ada secara inidvidu atau dalam kumpulan. Hal ini akan membolehkannya memperkembangkan potensi secara optimum lalu menjadi individu yang berfungsi dengan berkesan.
  • Profesor Dr. Othman Mohamed (2000) kaunseling merupakan sebahagian daripada proses menolong. Melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi penentuan kabajikan dan perkembangan dirinya.



Kesimpulannya, kaunseling dapat diringkaskan bahawa suatu perhubungan bersemuka dan menerapkan nilai-nilai murni dalam perhubungan. Perhubungan di mana klien untuk merahsiakan maklumat adalah dihormati. Oleh itu, bimbingan terdapat di satu penghujung dan psikoterapi di satu penghujung yang lain manakala kaunseling terdapat di pertengahan.


 



design by Wanaseoby