![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj6Ff2YcYX3fdFwvVeq1qgjV8ebEJalTgavS7X8bbbLXB7x0LrRJ8MWQ36zGuAnRVILv7nbEHc7enfQM6ZauHFmcAB1xFubvwRq9xPP1nsW90iLfvRZrG_Q4W5mHoNmq0CyoD75S6mk4-dz/s1600/salamyellow.png)
Matlamat perkhidmatan kaunseling seperti yang disenaraikan dalam buku Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak edisi kemas kini adalah seperti yang berikut:
- Individu yang bermasalah menjadi rasional semula. Misalnya Ali mungkin berasa amat kecewa setelah gagal dalam peperiksaan percubaan SPM. Ali berasa tertekan sehingga hilang selera makan dan dia didapati sering termenung. Dia berpendapat bahawa dunia ini kejam dan tidak bermakna baginya. Dalam keadaan ini, kanselor perlu mambantu Ali supaya dapat melihat bahawa tindakannya yang suka termenung dan memikirkan masalah adalah suatu perkara yang negatif bukanlah tindakan yang rasional. Ali sepatitnya megambil tindakan dengan berusaha lebih lagi dalam membuat ulang kaji pelajaran dengan berkesan untuk memperoleh kejayaan.
- Membantu klien menyelesiakan masalah-masalah yang sedang dihadapinya dalam jangka pendek.
- Memperkembangkan kefahaman dan celik akal yang boleh menolong klien menghadapi dan menyelesikan masalah-masalah baharu yang mungkin timbul dalam situasi-situasi lain dalam jangka panjang.
- Membuat keputusan yang bijak serta memahami sebab musabab keputusan itu dibuat dan seterusnya sanggup menangung risiko akibat keputusan yang dibuatnya.
- Membuat penyesuaian sosial, peribadi dan intelek dengan kehendak-kehendak sekolah dan masyarakat.
- Membantu inidvidu yang baru terlibat dalam penyalahgunaan dadah supaya memperoleh keinsafan tentang bahaya amalan mereka serta mempelajari cara-cara untuk memberhentikan amalan mereka.
- Mencari jalan supaya dapat meningkatkan mutu cara klien dengan orang lain.
- Bertindak secara logik serta berkesan.