Prinsip-Prinsip Kaunseling
posted by Unknown June 01, 2018 0 comments


Terdapat beberapa tokoh yang telah menggariskan prinsip-prinsip kaunseling supaya dapat melicinkan lagi perkhidmatan yang diberikan disetiap sekolah. Antaranya seperti berikut :

McDaniel dan Shaftel (1956) 

1) Kaunseling pada asalnya iadalah satu perhubungan yang permisif. Keadaan permisif ini dapat dilihat dari dua segi seperti :
    
     a. Hubungan antara kaunselor dengan klien boleh ditamatkan pada bila-bila masa. Ini kerana tiada sebarang unsur paksaan dalam melakukan sesi kaunseling.

     b. Kaunselor tidak boleh memujuk klien menerima nikai atau ideanya. Hal ini kerana sesuatu perkara akan berbalik pada diri klien itu sendiri sama ada hendak menerima satu-satu pandangan atau cadangan yang diutarakan oleh kaunselor.

2) Setiap klien yang datang hendaklah dilayan dan diterima dengan baik. Kaunselor sepatutnya memberikan penghormatan tuken terhadap hak-hak seseorang individu; haknya untuk berjaya dan sebaliknya. Tanggungjawab untuk berubah dan mengarah hidupnya adalah terletak pada klien itu sendiri.

3) Kaunseling menekankan pemikiran bersama-sama klien. Kaunselor tidak memikirkan atau membuat keputusan untuk klien. Kaunselor perlulah berfikir bersama-sama dengan klien, iaitu idea, cadangan atau pendapat klien hendaklah diambil kira dalam membuat keputusan bagi satu-satu tindakan.

4) Prinsip-prinsip kaunseling adalah sejajar dengan ideal-ideal demokrasi. Kaunselor menerima hak seseorang itu berbeza dari segi minat, keperluan, kebolehan intelek, kestabilan emosi dan sebagainya. Penerimaan perbezaan-perbezaan seperti ini dan penghormatan tulen terhadap hak-hak orang lain adalah sejajar dengan ideal-ideal demokrasi.




Biasco, F. (1966)

1) Kaunseling adalah untuk semua individu dan tidak mempunyai hadkan kepada mereka yang mempunyai nasalah sahaja. Penekanannya adalah lebih kepada mencegah daripada membaiki.

2) Kaunseling paling berkesan apabila dirancang secara sistematik dan teratur.

3) Kaunseling perkembangan adalah untuk membantu klien memperolehi pengetahuan dan kefahaman diri. Hal ini menyebabkan klien menerima keadaan dirinya dari segi aspek jasmani, aspek intelek dan aspek afektif.

4) Kaunseling perkembangan menekankan aspek dari sudut positif kepada setiap individu berbanding aspek yang negatif.

5) Kaunseling menitikberatkan suatu perkembangan individu dari segi masa; masa silam, masa kini dan masa hadapan, dan dari segi bidang; akademik, sosial dan peribadi.

6) Program kaunseling akan lebih berkesan sekiranya terdapat kerjasama antara murid, guru-guru, ibu bapa, pihak pentadbir dan kaunselor sekolah.

7) Kaunseling mengadaikan bahawa setiap individu, termasuk kanak-kanak berhak membuat keputusan sendiri dan bebas membentuk personaliti sendiri serta membuat perancangan hidup sendiri.




design by Wanaseoby