![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj6Ff2YcYX3fdFwvVeq1qgjV8ebEJalTgavS7X8bbbLXB7x0LrRJ8MWQ36zGuAnRVILv7nbEHc7enfQM6ZauHFmcAB1xFubvwRq9xPP1nsW90iLfvRZrG_Q4W5mHoNmq0CyoD75S6mk4-dz/s1600/salamyellow.png)
- Menjaga kerahsiaan maklumat klien yang diperoleh semasa sesi kaunseling kecuali maklumat itu membahayakan klien dan orang lain dan atas tuntukan undang-undang.
- Mengutamakan kepentingan klien berbanding kepentingan sendiri. Seandainya kaunselor tidak dapat menyelesaikan, maka dengan persetujuan klien perlu menamatkan sesi kaunseling atau merujuk kepada kaunselor yang lebih pakar.
- Menghormati latar belakang sosiobudaya klien. Mengetahui perbezaan nilai dan kepercayaan dengan klien pelbagai budaya agar dapat bersikap adil dan terbuka dalam sesi kaunseling.
- Memberi penjelasan kepada klien mengenai keperluan, proses dan implikasi perkhidmatan kaunseling.
- Larangan dalam hubungan dwi daripada memberikan perkhidmatan kaunseling kepada klien yang mempunyai hubungan intim dengan dirinya seperti sahabat karib, keluarga ataupun mereka yang mempunyai hubungan pentadbiran dan penyelian dengannya.
- Kaunselor dilarang melakukan sebarang bentuk gangguan dan hubungan seksual dengan klien, bekas klien dan ahli keluarga mereka.
- Keadilan dan tidak boleh mengamalkan diskriminasi berasaskan etnik, jantina, agama, status, ideologi, kecacatan fizikal, mental atau apa-apa bentuk sekali pun.
- Kaunselor mestilah memastikan klien yang diberi khidmat kaunseling tidak menjalani kaunseling dengan kaunselor yang lain pada masa yang sama. Namun, kaunselor tidak boleh manghalang klien ingin menamatkan sesi kaunseling atau ingin menukar kaunseling yang lain.
- Kanselor perlulah membuat laporan dan menyimpan rekod sesi kaunseling dengan selamat.