
1. Penyediaan dan kemasukan
- Bertujuan mengurangkan penentangan klien.
- Kaunselor meningkatkan aras kepercayaan klien supaya mudah meluahkan perasaan.
- Suasana bilik sentiasa tenang dan tidak menakutkan
- Kaunselor sentiasa bermanis muka dan kedudukan tubuh badan yang bersesuaian
2. Penjelasan
- Mendapatkan gambaran dengan mengemukakan soalan berbentuk terbuka.
- Soalan tertutup perlu dikurangkan.
- Matlamat menentukan siapa yang memerlukan sesi kaunseling.
3. Struktur
- Kaunselor dank lien menetapkan sama ada perhubungan mereka boleh diteruskan atau tidak.
- Kaunselor bertanya pada diri sendiri sama beliau selesa dengan klien itu.
- Klien bertanya dirinya sendiri sama ada kaunselor itu orang yang boleh dipercayai atau tidak.
- Kontrak ialah satu persetujuan Antara kaunselor dengan klien, bahawa merek akan berusaha mencapai matlamat yang ditentukan.
4. Perhubungan
- Mengeratkan perhubungan antara kaunselor dengan klien.
- Kesenyapan mungkin berlaku kerana penengan yang wujud.
- Klien berasa tidak selesa dan aras kepercayaan masih belum kuat.
5. Penerokaan
- Kaunselor mempunyai kefahaman yang lebih jelas tentang siapakah sebenarnya klien.
- Matlamat
b) Menyingkirkan perasaan pada diri kaunselor dan klien yang boleh menggangu matlamat.
c) Menggalakkan klien meneroka masalah dan perasaannya.
d) Mengumpulkan fakta bagi membantu menyelesaikan masalah.
e) Memutuskan sama ada perhubungan itu perlu diteruskan atau ditamatkan.
f) Mengajar klien kemahiran-kemahiran yang perlu untuk mencapai matlamat.
g) Mangadakan aktiviti kerja rumah untuk klien supaya dapat mencapai matlamat.
- Hasil perhubungan yang rapat, pemindahan dan pemindahan kontra perasaan berlaku.
- Klien menjelasakan perasaannya dan menentukan alternative lain.
- Kemahiran baru dapat diamalkan.
7. Perancangan
- Bermatlamat tertumpu kepada rancangan tindakan yang khusus.
- Rancangan untuk penamatan dan penerusan akan dirumuskan
8. Penamatan
- Rumusan tentang pencapaian klien akan dibuat sekiranya matlamat tidak tercapai,sebab-sebabnya perlu dikenal pasti.
- Klien telah membuat keputusan atau merasa telah dapat menyelesaikan masalahnya dengan memuaskan atau didapati boleh berdikari, maka penamatan boleh dilakukan.