Rumusan
posted by Unknown July 29, 2018 0 comments



Kaunselor perlu meningkatkan ilmu pengetahuan dalam profesionalisme keguruan ketahap yang lebih tinggi . Kaunselor akan memberikan kaunseling dari sudut bantuan yang diberi kepada murid-murid biasa yang sedang dalam perkembangan dan pertumbuhan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Oleh itu seorang guru perlu bersedia dan sentiasa bermanis muka agar dapat membina dan menjaga hubungan dengan klien.



        Selain itu, kaunselor perlu memberi layanan yang mesra agar mendorong pelajar yang bersifat pendiam dan pemalu meluahkan pelbagai jenis masalah kepada kaunselor. Melalui teori pelaziman klasik Watson, seorang kaunselor dapat membuat perbandingan mengenai proses dan matlamat kenseling serta teknik-teknik kaunseling dengan betul. Oleh itu, kaunselor berhak memilih mana-mana teori yang dapat menyesaikan masalah klien atau hanya menggunakan pelaziman klasik untuk membantu klien.


        Seterusnya, saya bercadang kaunselor menggunakan pendekatan Islam dalam membantu klien mencapai matlamat sesi kaunseling serta bertanggungjawab atas segala nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan kepada klien terhadap Allah SWT. Dalam surah Ali-Imran ayat 102 yang bermaksud “ Wahai orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam”. Apa yang dapat saya kaitan adalah seorang kenselor perlu mengelakkan diri daripada terjerumus melakukan perkara-perkara yang melanggar etika dan adab ketika melakukan sesi kaunseling.


Teori Kaunseling
posted by Unknown July 29, 2018 0 comments


LATAR BELAKANG
  • Nama sebenar Watson adalah John Broadus Watson (1878-1958).
  • Beliau dilahirkan di Greenville, South Carolia.
  • Beliau mengambil major dalam psikologi dan minor dalam falsafah serta neurologi di Universiti di Chicago.
  • Beliau telah menghasilkan satu artikel berjudul ‘Psychology as the Behaviorist view it’.
  • Watson merupakan orang pertama mencipta istilah behaviourisme untuk menghuraikan tingkah laku seseorang.
  • Beliau mula melakukan pengajian tentang mental berdasarkan kajian yang dipengaruhi oleh teori pelaziman klasik Pavlor.


TEORI PELAZIMAN KLASIK

  • Teori ini berkaitan tingkah laku manusia iaitu sesuatu refleksi terlazim.
  • Gerakan refleksi akan berlaku secara semula jadi dan tidak memerlukan pengajaran.
  • Manusia pelajari gerak balas untuk menyesuaikan diri dalam situasi baharu.
  • Tingkah laku manusia boleh dikawal dan boleh diramal.
  • Terdapat 3 emosi yang dapat dihurai daripada teori pelaziman klasik iaitu marah, sedih dan kasih sayang.
Kaunselor perlu membentuk emosi yang positif di kalangan pelajar. Suasana bilik kaunseling yang mesra, adil dan berdisiplin dapat membentuk persekitaran psikososial yang positif yang dapat mempengaruhi emosi klien.

PRINSIP 

  • Prinsip kekerapan
Guru boleh mempengaruhi pembelajaran pelajar dengan mengadakan rangsangan yang dapat menghasilkan tindak balas yang positif. 

Sebagai contoh : Memberikan pujian atau penghargaan sekiranya pelajar mencuba jawab soalan yang diberikan oleh guru. Dengan ini pelajar akan rasa dihargai oleh guru.

  • Prinsip tempoh kebaruan
Guru memilih rangsangan yang menyeronokkan.

Sebagai contoh : Guru mengadakan aktiviti menyanyi dan kotak beracun di dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan cara ini pelajar tidak akan merasa bosan dan mengatuk di dalam bilik darjah.

MATLAMAT

  • Modifikasi tingkahlaku melalui perubahan persekitaran.
Contohnya, Bunyi enjin motorsikal dipadamkan dengan kepulangan ayah yang garang menyebabkan kanak-kanak menjadikan gerun hanya dengan mendengar bunyi enjin motor dikenali sebarang rangsangan terlazim.

  • Memahami alam tidak sedar.
Tingkah laku orang dewasa pengaruh perkembangan kanak-kanak.
  • Mengenalpasti konflik masa silam
  • Perubahahan tingkahlaku (behaviour) melalui perubahahn Antecendent atau Consequance.
Peristiwa sebelum merupakan tingkah laku berubaha, tingkah laku adalah selepas suatu peristiwa, kesan meruepakan perkara yang lepas zahirnya suatu tingkah laku.

  •  Didikan kemahiran sosial
Proses kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang diterima masyarakat.

KONSEP TEORI

1.Seorang kanak-kanak lelaki bernama Albert yang berumur 11 bulan.
Menunjukkan seekor tikus.
Tidak menunjukkan perasaan takut pada tikus tetapi Albert cuba mencapai tikus tersebut.

2. Bunyi kuat dikeluarkan , Albert menjadi takut dan menangis serta terkejut.
Keadaan ini diulang selama 7 kali.

3. Masuk kali ke 8, Albert menangis dengan kuat apabila melihat tikus walaupun dari jarak yang jauh.



Teori ini merupakan suatu refleksi terlazim yang mudah berlaku secara semula jadi dan tidak perlu dipelajari. Guru perlu membentuk emosi positif dikalangan pelajar dengan mewujudkan suasana bilik darjah yang mesra dan ceria. Oleh itu, teori ini menegaskan 3 jenis emosi seperti takut, marah dan kasih sayang.


Rujukan
posted by Unknown July 22, 2018 0 comments

Suradi Salim Dr, 1996, Bimbingan Dan Kaunseling, Kuala Lumpur : Penerbit Utusan Publications   
            &  Distributors Sdn Bhd.


Ibrahim Ahmad, 2002, Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling di Sekolah Rendah, Kuala Lumpur:
             Penerbit Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.



Ee Ah Meng, 2011, Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling, Selangor : Penerbit Oxford Fajar Sdn
           Bhd.

Kemahiran Kaunseling
posted by Unknown July 15, 2018 0 comments


1.  KEMAHIRAN TINGKAH LAKU MEMBERI PERHATIAN 

a)   Kedudukan Tubuh Badan
  • Kedudukan tubuh kaunselor condong ke hadapan iaitu kearah klien.
  • Menunjukkan kepada klien yang kaunselor itu berminat mendengar.
b)  Ekspresi Muka
  •  Berseri sewaktu menerima klien
  • Tidak muram agar klien tidak berfikiran mengganggunya.
c)   Tentangan Mata
  • Pembimbing menanti apa jua yang diperkatakan oleh klien.
  • Mengalihkan pandangan mata jika klien berasa malu.
d)  Soalan Terbuka
  • Klien bercakap dengan panjang lebar.
e)   Dorongan minimum untuk bercakap
  •  Gerak isyarat, anggukan kepala, perkataan tunggal, perawatakan badan atau ulangan perktaan-perkataan penting.



2. KEMAHIRAN MENDENGAR
  • Carl Rogers, seorang kaunselor hendaklah mendengar secara aktif. 
  •  Tentangan mata dikekalkan sehingga klien itu bercakap
3. KEMAHIRAN MENYOAL
  • Mendapat lebih banyak maklumat
  • Soalan tertutup hanya memerlukan jawapan ‘ya’ atau ‘tidak’
  • Soalan terbuka hanya memerlukan penghuraian
4. KEMAHIRAN MEMAHAMI
  • Berusaha memahami masalah, barulah kaunselor akan dapat gambaran yang lebih jelas dan jitu tentang kesulitan yang dihadapi pelajar.
  • Memperoleh gambaran menyeluruh serta latar belakang sesuatu masalah.
5. KEMAHIRAN BEREMPATI
  • Memahami serta merasai apa-apa yang dirasai oleh klien
  • Aspek kognitif (idea atau minda) dan aspek afektif (perasaan)
  • Kepentingan ; Membina hubungan dengan klien
            -Merangsang penerokaan diri
            -Menyemak pemahaman dengan klien
            -Memberikan sokongan
            -Melicinkan komunikasi
            -Meningkatkan tumpuan
            -Menyekat kaunselor
            -Menggalakkan tindakan klien

6.REFLEKSI IDEA
  • Kaunselor itu membalikkan kata-kata klien
  • Membantu klien mencapai kesedaran diri dan kefahaman diri
7.REFLEKSI PERASAAN
  • Aspek emosi klien 
  • Meningkatkan lagi tahap kesedaran klien tentang perasaan sebenar yang dialami.
8. INTERPRETASI
  • Menyemak pemahaman masalah yang dikemukakan klien.
  • Aspek intelek dipentingkan dalam kata-kata klien agar kaunselor memperoleh gemabaran yang lebih jelas mengenai masalah yang dihadapi klien
9. PENDEDAHAN KENDIRI
  • Kaunselor berkongsi maklumat atau pengalaman diri sendiri dengan klien
  • Mestilah releven serta boleh mendatangkan kelegaan kepada klien
10. PEMPARAFRASAAN
  • Kaunselor meringkaskan kenyataan klien dari semasa ke semasa berdarkan perkara yang dicurahkan
  • Meningkatkan pemahaman diri klien tentang masalah yang dihadapinya.
11. KONFRONTASI
  • Konselor mendapati apa yang dinyatakan (kata-kata) oleh pelajar adalah berlainan daripada tindakannya.
12. PEMBERIAN NASIHAT
  • Menjalankan aktiviti mengikut pandangan mereka sendiri.
  • Menurut Hadley, cadangan dan nasihat ialah teknik-teknik yang sama dengan pujukan.
13. KESENYAPAN
  • Klien berhenti bercakap kerana dia berasa tidak selesa untuk memberikan maklumat.
  • Klien sedang mengadakan penerokaan diri iaitu dia akan mendapat celik akal terhadap masalah yang hadapinya.
14.KEMAHIRAN KETIKA INI (IMMEDIACY)
  • Meramalkan perasaan klien dari semasa ke semasa
  • Kaunselor boleh bertutur dalam suasana ‘di sini dan ketika ini’ (here and now).
15. MEMBUAT RUMUSAN
  • Menggulung segala yang dibincangkan dalam sesi kaunseling.
  • Merumuskan perkara-perkara penting yang telah dibincangkan bersama-sama klien.

design by Wanaseoby