
Kaunselor perlu meningkatkan ilmu pengetahuan dalam
profesionalisme keguruan ketahap yang lebih tinggi . Kaunselor akan memberikan
kaunseling dari sudut bantuan yang diberi kepada murid-murid biasa yang sedang
dalam perkembangan dan pertumbuhan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Oleh itu seorang guru perlu bersedia dan sentiasa bermanis muka agar dapat
membina dan menjaga hubungan dengan klien.
Selain itu,
kaunselor perlu memberi layanan yang mesra agar mendorong pelajar yang bersifat
pendiam dan pemalu meluahkan pelbagai jenis masalah kepada kaunselor. Melalui
teori pelaziman klasik Watson, seorang kaunselor dapat membuat perbandingan
mengenai proses dan matlamat kenseling serta teknik-teknik kaunseling dengan
betul. Oleh itu, kaunselor berhak memilih mana-mana teori yang dapat
menyesaikan masalah klien atau hanya menggunakan pelaziman klasik untuk
membantu klien.
Seterusnya,
saya bercadang kaunselor menggunakan pendekatan Islam dalam membantu klien
mencapai matlamat sesi kaunseling serta bertanggungjawab atas segala nasihat
dan tunjuk ajar yang diberikan kepada klien terhadap Allah SWT. Dalam surah
Ali-Imran ayat 102 yang bermaksud “ Wahai orang yang beriman, bertakwalah
kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah sekali-kali kamu
mati melainkan dalam keadaan Islam”. Apa yang dapat saya kaitan adalah
seorang kenselor perlu mengelakkan diri daripada terjerumus melakukan
perkara-perkara yang melanggar etika dan adab ketika melakukan sesi kaunseling.